Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

Skuad Khidmat Cepat

Satu skuad khas yang terdiri daripada beberapa pegawai untuk menjalankan satu siasatan aduan secara serta merta.

Matlamat penubuhan SKC adalah untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan samada kepada pekerja atau majikan dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dengan pantas dan berkesan.

 

Objektif SKC

1. Dalam Keadaan Kecemasan

  • Skuad bertindak seperti “pasukan bomba” bagi bantuan segera. Bantuan adalah dalam bentuk “curative conciliation service” untuk menyelesaikan segala permasalahan perburuhan dan pertikaian undang-undang yang telah terjadi.

2.Dalam Keadaan Biasa

  • Skuad bertindak membuat siasatan dan pemeriksaan ke tempat yang dikenalpasti berpotensi menghadapi masalah hubungan pekerja/majkan. Tindakan adalah dalam bentuk “preventive conciliation service” untuk keharmonian perusahaan dan mengelakkan konflik perburuhan di tempat berkaitan.

Pasukan Khas Penguatkuasaan

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan 11 undang-undang perburuhan dan 1 undang-undang Jenayah. Tugas-tugas Pasukan Khas Penguatkuasaan tertumpu kepada pelanggaran undang-undang perburuhan dan buruh paksa.  

Bidang Kuasa Penguatkuasaan Akta Oleh Jabatan

Bil Akta Bidang Kuasa Jabatan
1 Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2011 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya Akta berkaitan pekerjaan dan penggajian pekerja
2 Akta Pampasan Pekerja 1952 Akta yang memperuntukkan bayaran pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja
3 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Pindaan) 2010 Akta yang memperuntukkan undang-undang berkaitan pekerjaan kanak-kanak dan orang muda
4 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981(pindaan) 2005 Akta untuk mengawal aktiviti-aktiviti agensi pekerjaan swasta di Malaysia 
5 Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta yang menetapkan standard-standard minimum perumahan dan pusat asuhan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja dan tanggungan mereka untuk mengkehendaki menguntukkan tanah bagi penanaman dan ragut di tempat pekerjaan, untuk mengkehendaki majikan menyediakan kemudahan-kemudahan kesihatan, hospital, perubatan dan sosial dan untuk memperuntukkan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Akta Cuti  Mingguan 1950  Akta yang memperuntukkan hari kelepasan mingguan bagi orang-orang yang diguna khidmat di kedai, restoran dan panggung 
Akta (Sekatan) Kerja 1968  Akta yang memperuntukkan peraturan dan prosedur pengeluaran permit kerja kepada pekerja-pekerja asing dan pemastautin tetap bagi kategori-kategori pekerja yang tertentu 
Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (pindaa) 2010  Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan pemerdagangan orang, perlindungan dan bantuan kepada mangsa pemerdagangan, penubuhan MAPO dan hal-hal yang berkaitan dengannya selaras dengan Garis Panduan Perlindungan Antarabangsa UNHCR Protocol (Palemor Protocol) 
Akta Majilis Perundingan Gaji Negara 2011   Akta yang berkaitan penubuhan Majlis Perundingan Gaji Negara dengan tanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji minimum dan untuk membuat syor kepada Kerajaan supaya membuat perintah gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan  
10 Akta Maklumat Pekerjaan 1953 Akta bagi memudahkan pengumpulan maklumat berkaitan dengan terma perkhidmatan dan syarat kerja orang yang diambil bekerja
11 Akta Hari Kelepasan 1951 Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank

 

Penguatkuasaan Akta melalui Pemeriksaan

Matlamat pemeriksaan penguatkuasaan ke atas tempat-tempat pekerjaan adalah seperti berikut;

  • Memastikan pematuhan kepada undang-undang;
  • Sistem pengesanan dan pencegahan awal bagi sebarang penyelewengan undang-undang buruh;
  • Membolehkan pemberian pendidikan perburuhan kepada majikan yang memerlukan;
  • Mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan perancangan dasar dan undang-undang dalam bidang perburuhan.

Pemeriksaan dijalankan ke atas majikan di Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada

• Perseorangan;
• Perkongsian;
• Sendirian Berhad;
• Berhad;
• Konsortium;
• Persatuan;
• Kesatuan;
• Agensi pekerjaan Swasta.

 

1 Visit Policy

JTKSM, Perkeso dan PSMB merupakan  jabatan/agensi yang bernaung di bawah KSM. Setiap jabatan/ agensi pada masa ini menguatkuasakan undang-undang di bawah jabatan/ agensi mengikut bidangkuasa masing-masing. Perkeso menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), CKSP menguatkuasakan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), manakala JTKSM menguatkuasakan 11 undang-undang perburuhan dan 1 undang-undang Jenayah.

Operasi Bersepadu

Objektif operasi bersepadu adalah seperti berikut:

  • Menangani masalah yang dihadapi oleh PSMB dan CKSP di bawah KSM dalam menguatkuasakan Akta 612.
  • Berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam aktiviti penyiasatan dan penguatkuasaan
  • Mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada
  • Memastikan pematuhan undang-undang perburuhan secara bersepadu
  • Mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan setiap Jabatan/ agensi secara bersepadu
  • Perkongsian maklumat dan data perburuhan di bawah KSM secara menyeluruh
  • Perancangan penguatkuasaan secara sistematik dan teratur

Skop

Tindakan penguatkuasaan bersepadu ini dilakukan berdasarkan bidangkuasa di bawah jabatan/ agensi masing-masing secara serentak/ bersepadu. Semasa operasi setiap jabatan/ agensi akan bertindak berdasarkan bidangkuasa di bawah Akta masing-masing iaitu Perkeso akan fokus kepada aktiviti pengesanan di bawah seksyen 4 dan 5 Akta 4, PSMB dan CKSP akan menguatkuasakan seksyen 13 Akta 612 dan Peraturan 4 dan 4A, Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001,  manakala JTKSM akan memberi fokus kepada pematuhan terhadap Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum 2012.

Di bawah seksyen 28 Akta 612, Menteri boleh melantik daripada mana-mana jawatan awam apa-apa bilangan pegawai, yang dikenali sebagi pegawai yang diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu. Sehubungan dengan itu dicadangkan agar kuasa ini diperluaskan kepada pegawai-pegawai JTKSM dan Perkeso yang menganggotai Operasi Bersepadu.

Keberhasilan Dan Impak

KSM

  • Penjimatan masa pemeriksaan sebanyak 20% hingga 25%
  • Menjimatkan kos operasi sebanyak 50% hingga 69%
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai

Pelanggan

  • Penjimatan kos
  • Memendekkan proses kerja
  • Mengurangkan beban pegawai

Mobile Labour Care (MoLaC)

Mobile Labour Care (MOLAC) merupakan perkhidmatan kaunter bergerak yang disediakan oleh Jabatan dalam usaha untuk memperluaskan perkhidmatan kepada pelanggan.

Melalui MOLAC, pelanggan Jabatan dapat menikmati beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di lokasi-lokasi yang berbeza tanpa perlu hadir dan berurusan di Pejabat Tenaga Kerja.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:-

  1. Khidmat nasihat berkiatan isu semasa dan undang-undang perburuhan;
  2. Menerima aduan pelanggan berkaitan pelanggaran undang-undang perburuhan di tempat kerja;
  3. Mempromosi aktiviti-aktiviti Jabatan serta dasar dan polisi di bawah Jabatan dan Kementerian; dan
  4. Pendaftaran Tempat Pekerjaan Baru.

Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE)

Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE) merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kerajaan telah memperuntukkan dana pusingan sebanyak RM50 juta untuk memberi peluang kepada pekerja estet tempatan memiliki rumah sendiri. Objektif program adalah untuk:-

  • Meningkatkan kebajikan pekerja estet dan bekas pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi membolehkan golongan ini memiliki rumah sendiri;
  • Sebagai salah satu bentuk jaminan kebajikan untuk pekerja setelah tamat perkhidmatan/bersara;dan
  • Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan pekerja tempatan terutama golongan belia bekerja di sektor tersebut.

KELAYAKAN PEMOHON

  1. Pekerja estet berumur 21 tahun hingga 60 tahun;
  2.  Warganegara Malaysia yang bekerja di estet;
  3. Telah disahkan jawatan;
  4. Berjawatan dan berpendapatan tetap. Tidak termasuk pekerja-pekerja kontrak estet dan pesara;
  5. Pinjaman rumah pertama; dan
  6. Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

JENIS HARTANAH & JUMLAH PEMBIAYAAN

  1. Pembiayaan maksimum sehingga RM150,000.00
  2. Nilai semasa hartanah atau harga belian tidak melebihi RM250,000.00 tertakluk kepada jumlah pinjaman
  3. Terbuka kepada pembelian hartanah baru dan rumah terpakai (sub-sale)
  4. Bina rumah di atas tanah persendirian (pasangan,ibubapa atau anak) atau yang disediakan oleh majikan ladang tertakluk kepada jumlah pinjaman / pembiayaan maksimum RM150,000.00
  5. Terbuka kepada pembelian rumah yang dijual oleh majikan ladang
  6. Kadar faedah terendah di pasaran iaitu 2% terhadap baki bulanan
  7. Pinjaman 2 generasi bagi merendahkan bayaran bulanan

DOKUMEN UTAMA

  1. Borang permohonan SKRE (sila dapatkan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran)
  2. Dua (2) salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan slip gaji tiga (3) bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan
  3. Surat pengesahan jawatan dari majikan
  4. Salinan penyata KWSP terkini
  5. Bukti pembelian rumah – Salinan resit deposit atau proforma tempahan pembelian atau Surat Perjanjian Jual Beli (S & P) yang disetemkan

DOKUMEN TAMBAHAN (Pembinaan Rumah Di atas Tanah Sendiri)

  1. Salinan geran tanah
  2. Surat akuan sumpah kebenaran daripada ahli keluarga jika tanah bukan hak milik sendiri
  3. Sebutharga daripada kontraktor
  4. Surat pelantikan kontraktor
  5. Salinan profil syarikat kontraktor
  6. Salinan sijil CIDB/SSM (berdaftar dalam bidang pembinaan)
  7. Salinan perjanjian membina rumah
  8. Salinan surat kelulusan pelan dan salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa

*Maklumat Tambahan

 Bil Perkara
 1. Brosur Skim Khas Rumah Pekerja Estet (SKRE)
 2. Senarai Semak Permohonan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja  Estet (SKRE)
 3. Borang Permohonan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE
 4. Borang Permohonan BSN MyHome-i

 

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orag Kurang Upaya (SBGP-OKU)

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) adalah inisiatif Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi golongan OKU serta menggalakkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh. Inisiatif ini telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan kemudian diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

SBGPOKU memberi bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan OKU untuk mengembangkan perniagaan dengan harapan pengembangan perniagaan tersebut boleh mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SBGPOKU

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  1. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Warganegara Malaysia;
  4. Bukan penjawat awam;
  5. Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan;
  6. Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya 3 bulan; dan
  7. Pengembangan perniagaan adalah bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada OKU

JENIS BANTUAN

  1. Peralatan & Mesin (bukan bahan mentah / bekalan stok)
  2. Ubahsuai Premis
  3. Promosi

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

  1. Dapatkan borang permohonan menerusi laman web jtksm.mohr.gov.my atau hadir ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.
  2. Menghantar borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen tambahan berikut:- i. Perancangan pengembangan perniagaan;
    ii. Butiran OKU yang akan digajikan (Salinan kad pengenalan dan kad OKU);
    iii. Gambar pemohon;
    iv. Sebutharga (3 syarikat);
    v. Gambar premis perniagaan;
    vi. Gambar peralatan yang dipohon; dan
    vii. Pelan ubahsuai (jika berkaitan.
  3. Permohonan yang lengkap akan dinilai di peringkat Jawatankuasa Penilaian Peringkat Negeri (JPPN) dan Jawatankuasa Penilaian Peringkat Kebangsaan (JPPK).

Pelepasan Cukai (Menggajikan OKU)

Kerajaan begitu mengambil berat ke atas kebajikan golongan OKU dan pihak-pihak disekelilingnya. Sebanyak 25 faedah yang boleh dinikmati oleh OKU berdaftar di negara ini yang meliputi akses kepada kesihatan, bantuan pendidikan, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan sebagainya.  Sekiranya, terdapat majikan yang menggaji OKU, majikan tersebut akan menikmati:-

(i) Potongan tambahan/lanjutan (potongan cukai sebanyak 2 kali ganda bayaran gaji OKU setahun);

(ii) Potongan berganda (Majikan yang memberi kemahiran/latihan kepada OKU boleh mendapat potongan berganda mengikut amaun/perbelanjaan yang ditanggung dalam latihan mana-mana OKU); dan

(iii) Potongan tunggal (Majikan boleh mendapat potongan tunggal bagi sebarang kos pengubahsuaian kemudahan syarikat bagi kepentingan OKU).

Bagi menarik minat OKU untuk bekerja, pihak Kerajaan turut memperkenalkan:-

(i) Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM350 sebulan bagi pendapatan bulanan OKU yang tidak melebihi RM 1,200; dan

(ii) Pelepasan cukai sebanyak RM15,000 bagi mana-mana OKU yang bekerja.

Pusat Asuhan Kanak-kanak Di Tempat Kerja (PAKK)

Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-kanak (PAKK) di tempat kerja merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam pasaran buruh.

PAKK di Sektor Perladangan

JTKSM bertanggungjawab untuk memastikan majikan menyediakan PAKK di sektor perladangan sebagaimana peruntukan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sekiranya pekerja - pekerja yang menetap di ladang mempunyai tidak kurang dari 10 orang tanggungan di bawah umur empat (4) tahun.

Pembinaan bangunan PAKK ini perlu mendapat kelulusan daripada JTKSM terlebih dahulu bagi memastikan bangunan tersebut selamat dan sesuai untuk diduduki. Selain itu, pengasuh bagi PAKK perlu mendapat pengiktirafan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menghadiri Kursus Asuhan PERMATA (KAP) yang merupakan kursus wajib di bawah Akta TASKA 1984 dan Peraturan-Peraturan TASKA 2012.

PAKK bagi sektor lain

Kerajaan tidak menetapkan sebarang perundangan yang mewajibkan majikan swasta bagi sektor selain daripada sektor perladangan untuk menyediakan PAKK di tempat kerja. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan penubuhan TASKA di tempat kerja antaranya:-

(i) Pengecualian cukai 10% selama 10 tahun bagi ubahsuai dan penyelenggaraan, dan pemilikan bangunan untuk PAKK bagi majikan sektor swasta;

(ii) Potongan cukai dua kali ganda ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan TASKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak (diumumkan semasa Bajet 2013); dan

(iii) Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10% setahun diberi kepada pengusaha TASKA, Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan Pra Sekolah Swasta (diumumkan semasa bajet 2013).