Bahasa:

Warna Tema: blue green red
Saiz Teks :
A- A A+
1 soalan lazim 2 hubungi kami 5 maklumbalas 4 peta laman

1. Apakah objektif utama Akta Agensi Pekerjaan Swasta (APS) 1981 dipinda pada tahun 2017?

  1. Menambahbaik dan memodenkan perundangan berkaitan agensi pekerjaan swasta, selaras dengan keperluan semasa;
    Syarikat yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti APS.

  2. Memperjelaskan pemakaian Akta ini meliputi perekrutan pekerja asing dan pekhidmat domestik asing; dan
    Memastikan hanya ejen yang mempunyai lesen APS sahaja melakukan aktiviti penempatan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik serta memantau dan mengawal aktiviti-aktiviti APS.

  3. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan.
    Meningkatkan jumlah penalti maksimum daripada RM 5,000 kepada RM 250,000 untuk melindungi orang awam atau pencari kerja daripada diperdaya atau ditipu oleh APS berlesen atau tanpa lesen.

2. Apakah kategori lesen APS di bawah Akta APS 1981?

Kategori lesen yang dicadang di bawah Akta ini adalah:

Bil. Kategori Lesen Keterangan Lesen
1 Lesen A Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja  tempatan di Malaysia.
2 Lesen B Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di Malaysia.
3 Lesen C Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempat di dalam dan di luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara termasuk pekerja domestik asing di dalam Malaysia.

3. Apakah syarat-syarat permohonan lesen APS ?

Syarat-syarat asas bagi permohonan lesen yang dicadang diperuntukkan dalam Penggantian Seksyen 9 adalah:

(a) pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016:
(i) dengan modal berbayar minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
(ii) sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus dari jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegangi oleh warganegara Malaysia;

(b) pengarah bagi syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta:
(i) adalah seorang warganegara Malaysia;
(ii) bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan
(iii) tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksaan;

(c) pemohon mempunyai premis yang sesuai, untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

(d) pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.
 Walau apapun sub seksyen (1), Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa mengenakan apa-apa syarat lain sebagimana yang difikirkan perlu.

4. Bagaimana cara untuk memohon lesen APS?

(i) Semua permohonan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 perlu mengemukakan Borang 1 yang lengkap diisi berserta dokumen yang ditetapkan seperti di Senarai Semak. Borang-borang lain yang berkaitan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

http://jtksm.mohr.gov.my/ms/akta-borang

(ii) Semua permohonan berkaitan pelesenan yang lengkap (baharu / pembaharuan / tukar kategori / buka cawangan / tukar kategori / pindah premis dan gantian lesen) hendaklah dikemukakan di kaunter Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis agensi. 

  

5. Apakah tujuan dokumen pengenalan diri diperkenalkan dan bagaimanakah untuk memohon dokumen pengenalan diri?

  1.  Setiap pekerja APS yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diperuntukan dalam Seksyen Baharu 13D. Tujuan dokumen pengenalan diri ini diperkenalkan adalah bagi mencegah penyamaran, eksploitasi dan penipuan;

  2. Dokumen Pengenalan Diri boleh dimohon dengan melengkapkan borang permohonan dengan menyertakan dokumen yang ditetapkan seperti dalam Senarai Semak. Permohonan dokumen Pengenalan Diri boleh dikemukakan di kaunter Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis agensi;

  3. Tempoh sah laku dokumen pengenalan diri pekerja APS adalah sama seperti tempoh sah laku lesen;

  4. Fi proses berjumlah RM50.00 dikenakan kepada setiap dokumen pengenalan diri;

  5. Dokumen pengenalan diri hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Tenaga Kerja terdekat dalam situasi berikut:

    (a) Pekerja yang memegang dokumen pengenalan diri telah tidak bekerja dengan APS tersebut; atau
    (b) Tidak lagi menjalankan tugas merekrut.

 

6. Apakah APS boleh membuka cawangan?

APS boleh membuka membuka cawangan seperti yang berikut:

Bil. Kategori Lesen Induk Kategori Cawangan Yang Boleh Dimohon
1 Lesen A Hanya boleh mohon Lesen A
2 Lesen B Hanya boleh mohon Lesen B atau Lesen A
3 Lesen C Boleh mohon Lesen A, B atau C

7. Dalam keadaan bagaimanakah lesen APS boleh digantung atau dibatalkan?

Lesen APS boleh digantung atau dibatalkan dalam keadaan:- i) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta dan peraturan di bawahnya;

ii) tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;

iii) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau Pengarah APS telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

iv) telah digulung atau dibubarkan;

v) tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;

vi) mengemukakan maklumat palsu dalam proses mendapatkan lesen;

vii) menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain;

viii) telah berhenti menjalankan aktiviti merekrut

8. Bolehkah sesebuah APS menyerah hak atau memindahkan lesen kepada orang lain?

 APS tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen kepada orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu. Keadaan yang membolehkan serah hak atau pemindahan lesen ini berlaku adalah seperti pertukaran pemilikan syarikat.

Tindakan menyerah hak atau memindahkan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

9. Bolehkah sesebuah APS menyewakan atau memajakkan lesen kepada orang lain?

 Sesebuah APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.

Tindakan menyewa atau memajakkan lesen adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

10. Bolehkah APS beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen?

APS tidak boleh beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen. APS yang hendak menukar tempat/premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

Permohonan pertukaran atau pindah premis APS boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. APS hanya boleh beroperasi di tempat / premis baharu setelah lesen APS dikeluarkan mengikut maklumat tempat/premis perniagaan yang dinyatakan dalam lesen.

11. Berapakah amaun fi lesen?

Akta ini telah menetapkan amaun fi lesen sebanyak RM500 untuk tempoh sah lesen selama dua (2) tahun.  Perkara ini diperuntukan dalam Seksyen 9A(3) dan Jadual Pertama, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

12. Kenapa ejen yang menempatkan pekerja bukan warganegara perlu mendapatkan lesen?

APS yang mempunyai lesen kategori C sahaja boleh menempatkan pekerja bukan warganegara kepada majikan di seluruh Malaysia. Lesen kategori C ini diperuntukan di dalam Jadual Kedua.

Tujuan pelesenan ini adalah untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara. Ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menempatkan pekerja bukan warganegara kepada mana-mana majikan. Peruntukan ini diharap dapat mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, dan mengelakkan eksploitasi serta mencegah aktiviti permerdagangan orang.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Jaminan dan bilakah Wang Jaminan perlu dikemukakan?

"Wang Jaminan” merujuk kepada suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Wang Jaminan diperkenalkan bagi memastikan setiap pemegang lesen APS iaitu bagi lesen kategori A, B dan C adalah APS yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti APS tanpa menganiaya mana-mana pihak.

Wang Jaminan ini adalah cagaran untuk membantu pekerja dan majikan sekiranya menjadi mangsa kepada kegagalan APS menjalankan tanggungjawab. Ia akan digunakan bagi menampung kos bagi tujuan penghantaran balik pekerja yang terkandas, penyediaan tempat tinggal dan makan minum pencari kerja terkandas yang menjadi mangsa. Penggantian Bon Jaminan kepada Wang Jaminan ini juga bertujuan untuk memastikan hanya syarikat yang sahih dan mempunyai kredibiliti sahaja memohon lesen dan menjalankan operasi sebagai APS.

Setelah permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah, satu notis berupa surat rasmi Jabatan akan dikeluarkan bagi membolehkan agensi mengemukakan surat tersebut kepada bank jika agensi memilih untuk menggunakan Jaminan Bank sebagai cara untuk mendeposit Wang Jaminan.

Tempoh Jaminan Bank yang ditetapkan adalah adalah tiga tahun iaitu melebihi tempoh sah lesen APS (tempoh sah lesen APS adalah dua tahun).

14. Dalam keadaan yang bagaimana Wang Jaminan boleh dilucut hak?

Seksyen 14F memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dilucut hak dalam situasi berikut:

1. APS telah berhenti beroperasi dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh penutupan operasi;

2. Lesen APS telah dibatalkan dan APS tidak menuntut wang jaminanan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh lesen dibatalkan; atau

3. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh tamat lesen.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

15. Dalam keadaan yang bagaimana Wang Jaminan boleh dituntut kembali?

Seksyen Baharu 14E memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dituntut kembali dalam situasi berikut:

a. APS telah berhenti beroperasi;

b. Lesen APS telah dibatalkan; atau

c. Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS.

Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas melalui proses pewartaan.

16. Apakah penalti yang boleh dikenakan terhadap APS bagi pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Ini?

Dalam pindaan Akta ini, penalti dikhususkan mengikut jenis-jenis kesalahan, iaitu:

1. Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

2. Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

3. Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

4. Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

5. Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

6. Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. 7. Membuka cawangan tanpa lesen

Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 8. Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 9. Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

10. Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. 11. Mengenakan fi yang melebihi kadar yang ditetapkan

Seksyen 28 (a): Mana-mana orang yang mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

12. Memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja bukan warganegara

Seksyen 28 (b) memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

13. Menukar premis atau tempat perniagaan APS tanpa kebenaran 

Seksyen 12: APS hendaklah menjalankan perniagaan di tempat seperti dalam lesen dan tidak boleh menukar tempat perniagaan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Seksyen 28 (c) melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

17. Kenapa kadar penalti dinaikkan?

Kenaikan amaun penalti maksimum daripada RM5,000 kepada RM250,000 dan hukuman penjara selama satu (1) hingga tiga (3) tahun adalah wajar kerana amaun penalti ditetapkan berdasar kepada jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tujuan kenaikan amaun penalti maksimum ini adalah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan meningkatkan tanggugjawab APS dalam pematuhan peruntukan Akta ini. Peruntukan penalti sedia ada dinyatakan dalam Seksyen 32. Dalam cadangan pindaan ini, penalti diperuntukkan dalam sebelas (11) peruntukan iaitu: i) Merekrut tanpa lesen

Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ii) Tidak Mempamerkan lesen

Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

iii) Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti

Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

iv) Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain

Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

v) Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang

Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

vi) Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS

Seksyen 13D (4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 13D (7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

vii) Membuka cawangan tanpa lesen

Seksyen 13E (7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

viii) Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi

Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

ix) Tidak meletakkan nombor lesen dalam iklan kekosongan jawatan

Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

x) Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod

Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

xi) Penalti am

Seksyen 28: Mana-mana orang yang :

  1. mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama;
  2. memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu; atau
  3. melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini                                                                                                                                                                                                                                                                                apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

18. Apakah tindakan Jabatan terhadap agensi yang tidak berlesen?

Agensi-agensi yang tidak berlesen boleh didakwa atas kesalahan di bawah cadangan seksyen 7(2):  Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.  

19. Apakah yang perlu dilakukan oleh APS apabila berlaku perubahan dalam maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah?

APS hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis apabila berlaku perubahan dalam maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah berhubung:

(a) Maklumat berhubung dengan rekod di bawah Seksyen 19;

(b) Pengarah yang dinamakan dalam permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal APS;

(c) Apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

 

20. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Merit JTKSM?

Sistem Mata Merit JTKSM diperkenalkan bagi memantau aktiviti penempatan pekerja tempatan yang dilakukan oleh APS. Ini selaras dengan hasrat Akta APS ini diwujudkan iaitu bagi membantu kerajaan menempatkan pekerja tempatan ke tempat pekerjaan.

 

Bil. Perkara Merit Jumlah Merit
1 Penempatan Pekerjaan Tahunan 

40 

 40

2 Kehadiran kursus/bengkel anjuran JTK   20 mata setiap kali kursus

 20

  Jumlah Keseluruhan Merit

 60

• Setiap kursus yang dianjurkan oleh JTKSM mendapat 20 mata untuk 1 kursus;
• Merit bagi tempoh dua tahun pembaharuan lesen adalah 120 mata dan tertakluk kepada 60 mata setiap tahun.

Kategori Pekerjaan Merit
Pekerja Tempatan Pekerja Bukan Warganegara
1 Penggubal undang-undang, Pegawai Kanan dan Pengurus 5 2
2 Profesional
3 Juruteknik dan Profesional Bersekutu
4 Pekerja Perkeranian
5 Pekerja Perkhidmatan, Pekerja Kedai dan Jurujual
 6  Pekerja Mahir Pertanian dan Perikananan
 7  Pekerja Pertukangan dan yang berkaitan  0.5 
8 Operator logi dan mesin dan pemasangan 0.5 

• Carta di atas merupakan panduan awal bagi melaksanaan Sistem Merit JTKSM.
• Jabatan akan mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berhubung dengan pelaksanaan penuh Sistem Merit JTKSM ini.