Penggajian Pekerja Asing

Penggajian Pekerja Asing

Penggajian pekerja asing merupakan salah satu aktiviti di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006 apabila Mesyuarat JKK-PA Kali Ke-34 pada 16 Mac 2006 memutuskan pra syarat kepada majikan untuk mendapatkan dokumen sokongan JTKSM yang dahulunya dikenali sebagai dokumen Job Clearing System (JCS) bagi tujuan penggajian pekerja asing.

Pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 telah memperkemaskan lagi pengurusan penggajian pekerja asing yang mana telah memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah dalam memberikan kelulusan awal terhadap majikan yang ingin menggajikan pekerja asing.

Mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing boleh membuat permohonan di pautan yang diberikan di bawah mengikut kategori permohonan pekerja asing seperti senarai berikut:

 

  1. Permohonan penggajian pekerja asing di bawah sektor yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor perladangan, sektor pertanian, sektor pembinaan dan sektor perlombongan & pengkuarian hendaklah dibuat melalui www.fwcms.com.my
     
  2. Permohonan Pertukaran Majikan dan Pegawai Dagang hendaklah dibuat melalui www.eppax.gov.my dan soalan lazim FAQ Eppax
     
  3. Permohonan penggajian Pengawal Keselamatan Asing, Nelayan Asing, Kru Kapal, Pas Ikhtisas, Pas Ikhtisas (Kategori Mubaligh), Pas Pelajar, Pas Residen, Pas Residen Talent, Peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H), Professional Visit Pas (PVP)/Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dan Peserta Program Visa Premium (PVIP) Malaysia hendaklah dibuat melalui pautan ini (http://tiny.cc/60K2024)                                  
  4. Permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing warganegara Indonesia hendaklah dibuat di maid-online.imi.gov.my serta www.eppax.com.my. Manakala bagi permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing bagi warganegara selain Indonesia perlu dibuat melalui www.eppax.com.my sahaja.Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut.
     
  5. Permohonan penggajian tukang masak tomyam hendaklah dibuat melalui (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSekF3QwvmeGij1uTiIwYxvimvN1Tcp4ClIvlTFIpYlj9DZmyw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&usp=mail_form_link) dan Pas Tradisi (pekerja warganegara Thailand di negeri-negeri bersempadan) hendaklah dibuat melalui                                                                                            (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7l9nb4BIK2urqGGCNDGWl7Tuqo6n_kDQ6JcHqueARSI0Qcw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&usp=mail_form_link) berikut.
     
  6. Permohonan penggajian pekerja asing dari rumah perlindungan hendaklah dibuat melalui Pejabat Strategik Nasional [NSO], Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran [MAPO].

 

Apa yang anda perlukan?

 

Akta & Panduan

 

Borang & Senarai Semak

 

Soalan
Lazim