OPS PASAR BORONG KUALA LUMPUR
Seramai 34 majikan berjaya diperiksa dan didapati beberapa daripadanya melakukan pelanggaran terhadap beberapa perkara di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM dan juga jabatan dan agensi termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Human Resources Development Corporation (HRDC).
Antara kesalahan tersebut adalah termasuk pelanggaran waktu kerja, tidak membayar gaji mengikut Perintah Gaji Minimum dan juga cara bayaran gaji secara tunai dan bukan melalui bank.
OPS Pasar Borong Kuala Lumpur ini diketuai oleh YB Tuan V.Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dengan seramai lebih kurang 68 orang pegawai penguatkuasa. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Haji Amran Bin Haji Ahmad ( Timbalan Ketua Setiusaha ( Dasar Dan Antarabangsa), YBrs. Encik Kamal Bin Pardi ( Ketua Pengarah JTKSM)