Perutusan KP

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke Portal Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Saya berterima kasih di atas kesudian semua untuk melayari portal kami dan berharap agar portal ini akan memenuhi fungsi pewujudannya iaitu membantu memberikan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan berhubung industri perburuhan negara.

Portal JTKSM ini merupakan alternatif tambahan kepada semua pengguna dalam memperoleh maklumat berkaitan fungsi dan bidang kuasa JTKSM secara efisien. Portal ini juga memuatkan rujukan penting termasuk undang-undang perburuhan, garis panduan, soalan lazim dan pelbagai penerbitan lain.

Oleh yang demikian, diharap Portal JTKSM yang telah ditambah baik ini dapat menjadi wadah dalam mendidik masyarakat berhubung isu-isu perburuhan negara dan hak-hak pekerja dan majikan.

Akhir kalam, selamat melayari Portal JTKSM dan mencapai maklumat di hujung jari anda.

Sekian..

KETUA PENGARAH
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA