Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja

Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja

Jabatan melalui Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] menguatkuasakan kehendak dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh majikan berkaitan penyediaan perumahan dan penginapan serta kemudahan kepada pekerja. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan. Selain daripada itu, penguatkuasaan ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih dan kondusif. Akta 446 ini terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Takat pemakaian Akta 446 iaitu :

  • Bahagian II dan III berkaitan perumahan dan kemudahan terpakai kepada mana-mana tempat pekerjaan yang terletak di luar kawasan Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, atau Wilayah Persekutuan. Tempat pekerjaan ini termasuklah estet iaitu tanah pertanian berkeluasan 20 hektar atau mana-mana lombong; dan
  • Bahagian IIIA berkaitan penginapan terpakai kepada semua pekerja selain daripada pekerja yang diambil bekerja di estet.

 

Apa yang anda perlukan?

 

Akta & Panduan

 

Borang & Senarai Semak

 

Soalan
Lazim

 

Penyedia Penginapan Berpusat