Aduan

aduan

Aduan

JTKSM akan menyiasat aduan-aduan perburuhan di antara pekerja dan majikan. Ini bagi memastikan pematuhan majikan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan. Pekerja boleh memfailkan aduan berhubung pelanggaran terma dan syarat perkhidmatan atau apa-apa isu lain yang berkaitan pekerjaan.

Pengadu boleh membuat aduan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui surat, e-mel, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Aplikasi Working for Workers (WFW) atau hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

 

Maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut:

  1. Butiran lengkap pengadu
  2. Butiran lengkap pihak yang diadu 
  3. Isu-isu aduan
  4. Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan dan penyata gaji terkini.

 

Apa yang anda perlukan?

 

Akta & Panduan

 

Borang & Senarai Semak