JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Piagam Pelanggan
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia komited dalam memberikan perkhidmatan perburuhan secara profesional dan berintegriti serta menfokuskan kepada kriteria berikut:
- Menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan setiap aduan berkaitan isu perburuhan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pengaduan.
- Menyelesaikan pengaduan kes buruh melalui mekanisme Mahkamah Buruh dalam tempoh 90 hari dari tarikh pemfailan.
- Mengeluarkan keputusan permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap.
- Memproses permohonan lesen hiburan awam di bawah Akta Kanak - Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Menyelesaikan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Memberi khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat, tepat dan mesra.
- Memproses Permohonan Perakuan Penginapan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.