- Menguatkuasakan undang-undang perburuhan dan perjanjian antarabangsa meliputi undang-undang berikut :
1Akta Kerja 1955
[Akta 265]2Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]3Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732]4Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran
2007 [Akta 670]5Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966
[Akta 350]6Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753]7Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246]8Akta Kerja (Sekatan) 1968 (Akta 353)9Akta Maklumat Pekerjaan 1953 [Akta 159]10Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001
[Akta 612]11Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950 [Akta 220]12Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] - Mengkaji, menyemak dan menggubal pindaan undang-undang perburuhan, peraturan dan perintah yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
- Merancang dan melaksanakan program pendidikan perburuhan dan aktiviti-aktiviti promosi mengenai perundangan dan penguatkuasaan perburuhan negara yang memfokuskan kepada akta-akta yang dikuatkuasakan oleh jabatan secara bipartite, tripartite, multitier organisasi dan agensi kerajaan yang berkaitan.
- Mengurus, mengendali dan menyelesaikan aduan-aduan perburuhan.
- Mengurus, mengendali dan menyelesaikan pertikaian tuntutan pekerja dan majikan di Mahkamah Buruh.
- Mengendali dan menangani aduan gangguan seksual di tempat kerja.
- Menguruskan sumber manusia, kewangan, perolehan, aset, pembangunan serta pentadbiran dan logistik Jabatan.
- Mengurus aktiviti pemberhentian pekerja.
- Memproses dan menjalankan siasatan permohonan perakuan penginapan di bawah Akta 446.
- Memproses dan menjalankan siasatan permohonan penggajian pekerja asing.
- Memproses permohonan permit-permit perburuhan.
- Memproses permohonan lesen agensi pekerjaan swasta.