Pemberhentian Pekerja

Pemberhentian Pekerja

Seksyen 63 Akta Kerja 1955 dan Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja 2004 menetapkan mana-mana majikan hendaklah melaporkan mana-mana tindakan berikut kepada JTKSM:

  1. Pemberhentian Tetap (Retrenchment);
  2. Skim Pemisahan Kerja (Separation Scheme);
  3. Pemberhentian Kerja Sementara (Lay-Off); atau
  4. Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).

 


TATACARA PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN PEKERJA

  1. Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 (Borang PK) ini hendaklah dihantar kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan seperti aturan berikut:
    1. Bahagian I hingga IV dan Lampiran 1 – dihantar sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tindakan dilaksanakan.
    2. Bahagian V dan Lampiran 1 – dihantar dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tindakan dilaksanakan.
    3. Bahagian VI – dihantar dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tindakan dilaksanakan.
    4. Bahagian V dan VI hanya perlu dihantar sekiranya melibatkan tindakan a dan b di perenggan i.
  2. Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 melalui Borang PK boleh dikemukakan ke mana – mana Pejabat Tenaga Kerja cawangan yang berdekatan dengan tempat pekerjaan.

Apa yang anda perlukan?

 

Akta & Panduan

 

Borang & Senarai Semak

 

Soalan
Lazim