
Instrumen Pembayaran Gaji
Peruntukan Akta Kerja 1955 [Akta 265] membolehkan YB Menteri Sumber Manusia melulus dan mewartakan Pengeluar Instrumen Pembayaran atau Pengeluar Instrumen Pembayaran Secara Islam sebagai Pengeluar Instrumen yang diiktiraf bagi maksud pembayaran gaji pekerja di bawah Akta 265. Pengeluar Instrumen Pembayaran Gaji tersebut perlu memenuhi tafsiran “institusi kewangan” seperti berikut:
- Suatu bank berlesen dan suatu pengeluar suatu instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
- Suatu bank Islam berlesen dan suatu pengeluar suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; dan
- Suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pembangunan Kewangan 2002.
Mana-mana syarikat yang ingin memohon sebagai pengeluar instrumen pembayaran gaji hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kementerian Sumber Manusia.