Soalan Lazim Agensi Pekerjaan Swasta

Agensi Pekerjaan Swasta

1. Apakah maksud agensi pekerjaan swasta?

Agensi pekerjaan swasta ertinya suatu pertubuhan perbadanan yangdiperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan diberikanlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) untukmenjalankan aktiviti merekrut.

2. Apakah maksud merekrut?

Merekrut ertinya aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang,(termasuk aktiviti pengiklanan) sebagai pengantara antara majikandan pencari kerja untuk –
(a)menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatupekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencarikerja; atau
(b)menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja ataumendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.

3. Siapakah yang perlu berlesen di bawah Akta 246?

Mana-mana orang yang berhasrat menjalankan aktiviti merekrut perlu berlesen di bawah Akta ini.

4. Bagaimanakah permohonan lesen boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat melalui sistem ePPAX. Sila layarihttps://www.eppax.gov.my. Dokumen berkaitan permohonan bolehdiperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

5. Apakah syarat-syarat permohonan lesen APS?

Syarat-syarat asas bagi permohonan lesen diperuntukkan di bawahseksyen 9 Akta 246 seperti berikut:


(a)  pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777):
       (i)  dengan modal berbayar minimum sebagaimana yangdinyatakan dalam Jadual Kedua Akta 246 iaitu
           RM50,000.00 (lesen A), RM100,000.00 (lesen B) atau RM250,000.00 (lesen C); dan
       (ii) sekurang-kurangnya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegang oleh warganegara                           Malaysia.

(b)  pengarah syarikat, yang dinamakan dalam permohonan iaitu orang yang bertanggungjawab ke atas urusan agensi              pekerjaan swasta:
      (i)  adalah warganegara Malaysia;
      (ii)  bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan
      (iii) tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana- mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan                antipemerdagangan orang dan buruh paksa.

(c)  pemohon mempunyai premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh                Ketua Pengarah; dan

(d) pemohon menggunapakai perkataan “Agensi Pekerjaan” di hadapan nama syarikat.
      Walau apapun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa mengenakan apa-apa syarat lain                        sebagaimana yang difikirkan perlu.

6. Apakah kategori lesen APS di bawah Akta 246?

Tiga jenis kategori lesen seperti berikut:

Kategori Lesen

Keterangan  Lesen

Lesen A

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam Malaysia.

Lesen B

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di dalam Malaysia

Lesen C

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik asing di dalam Malaysia.

7. Berapakah tempoh sah suatu lesen APS?

Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah seksyen 9A Akta 246 atau diperbaharui di bawah perenggan 11(2)(a) Akta 246 hendaklah sah bagi tempoh 24 bulan.

8. Adakah lesen APS yang diperolehi perlu diperbaharui?

Sekiranya masih berhasrat untuk beroperasi sebagai APS, lesen tersebut hendaklah diperbaharui. Permohonan untuk memperbaharui lesen hendaklah dikemukakan melalui Sistem Bersepadu Pengurusan Pekerja Asing (ePPAx) sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tamat tempoh lesen.

9. Bagaimanakah permohonan untuk memperbaharui lesen boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat melalui sistem ePPAx. Sila layari https://www.eppax.gov.my.

Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan.

Sila layari https://jtksm.gov.my.

10. Adakah APS boleh memohon pertukaran kategori lesen?

Permohonan pertukaran kategori lesen boleh dibuat melalui sistem ePPAX. Sila layari https://www.eppax.gov.my. Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

11. Bagaimanakah permohonan untuk pertukaran premis boleh dibuat?

Permohonan pertukaran premis boleh dibuat melalui sistem ePPAx. Sila layari https://www.eppax.gov.my.
Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

12. Adakah APS boleh beroperasi di alamat selain daripada yang dinyatakan pada lesen?

TIDAK, APS hendaklah menjalankan perniagaan di premis seperti yang dinyatakan dalam lesen dan tidak boleh menukar tempat perniagaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

13. Apakah yang perlu dilakukan oleh APS apabila berlaku perubahan dalam maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah?

(a) Maklumat di bawah seksyen 19 Akta 246;
(b) Pengarah yang dinamakan dalam permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal APS; dan
(c) Apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

14. Bagaimanakah permohonan untuk perubahan dalam maklumat boleh dibuat?

Permohonan perubahan dalam maklumat boleh dibuat melalui sistem ePPAx. Sila layari https://www.eppax.gov.my. Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

15. Apakah tujuan dokumen pengenalan diri diperkenalkan?

Tujuan dokumen pengenalan diri diperkenalkan adalah bagi mencegah penyamaran, eksploitasi dan penipuan oleh individu atau ejen berkaitan aktiviti merekrut. Oleh itu, setiap pekerja APS yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 13D Akta 246.

16. Bagaimanakah permohonan untuk dokumen pengenalan diri boleh dibuat?

Permohonan dokumen pengenalan diri boleh dibuat melalui sistem ePPAx. Sila layari https://www.eppax.gov.my. Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

17. Adakah APS boleh menubuhkan cawangan?

APS boleh menubuhkan cawangan setelah memperoleh lesen seperti yang berikut:

BIL.

KATEGORI LESEN INDUK

KATEGORI LESEN CAWANGAN YANG BOLEH DIMOHON

1.

Lesen A

Hanya boleh mohon Lesen A

2.

Lesen B

Hanya boleh mohon Lesen A atau B 

3.

Lesen C

Boleh mohon Lesen A, B atau C

18. Bagaimanakah permohonan penubuhan cawangan boleh dibuat?

Permohonan penubuhan cawangan boleh dibuat melalui sistem ePPAx. Sila layari https://www.eppax.gov.my. Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

19. Dalam keadaan bagaimanakah lesen APS boleh digantung dan dibatalkan?

Lesen APS boleh digantung atau dibatalkan dalam keadaan:

(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta dan peraturan di bawahnya;

(b) tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;

(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau Pengarah APS telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

(d) telah digulung atau dibubarkan;

(e) tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;

(f) mengemukakan maklumat palsu dalam proses mendapatkan lesen;

(g) menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain; atau

(h) telah berhenti menjalankan aktiviti merekrut.

20. Bolehkah sesebuah APS menyerah hak atau memindahkan lesen kepada orang lain?

APS tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen kepada orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu. Keadaan yang membolehkan serah hak atau pemindahan lesen ini berlaku adalah seperti pertukaran pemilikan syarikat.


Tindakan menyerah hak atau memindahkan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah adalah kesalahan yang boleh didakwa sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

21. Bolehkah sesebuah APS menyewakan atau memajakkan lesen kepada orang lain?

Sesebuah APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.

Tindakan menyewa atau memajakkan lesen adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

 

22. Berapakah amaun fi lesen?

Akta ini menetapkan fi lesen ialah RM500.00 untuk tempoh sah lesen selama dua (2) tahun. Perkara ini diperuntukan dalam seksyen 9A(3) dan Jadual Pertama Akta 246.

23. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wang jaminan’ dan tujuannya?

‘Wang jaminan’ merujuk kepada suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) atau bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen.
Wang jaminan diperkenalkan bertujuan untuk memastikan setiap pemegang lesen APS sama ada lesen kategori A, B dan C adalah APS yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti APS.
Selain itu, wang jaminan ini adalah cagaran untuk membantu pekerja dan majikan sekiranya menjadi mangsa kepada kegagalan APS menjalankan tanggungjawab. Ia akan digunakan bagi menampung penghantaran balik pekerja yang terkandas, penyediaan tempat tinggal dan makan minum pencari kerja terkandas yang menjadi mangsa.

24. Bilakah wang jaminan perlu dikemukakan?

Wang jaminan perlu dikemukakan setelah permohonan diluluskan oleh Ketua Pengarah.

25. Dalam keadaan yang bagaimana wang jaminan boleh dilucut hak?

Seksyen 14F memperuntukkan bahawa Wang Jaminan boleh dilucut hak dalam situasi berikut:


(a) APS telah berhenti beroperasi dan APS tidak menuntut wang jaminan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh penutupan operasi;
(b) Lesen APS telah dibatalkan dan APS tidak menuntut wang jaminan tersebut dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh lesen dibatalkan; atau
(c) Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh tamat lesen.


Wang jaminan yang tidak dituntut itu akan dilucut hak dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selepas disebarluaskan melalui proses warta.
Tempoh Jaminan Bank yang ditetapkan adalah 3 tahun iaitu melebihi tempoh sah lesen APS.

26. Dalam keadaan mana wang jaminan boleh dituntut kembali?

Seksyen 14E Akta 246 memperuntukkan bahawa wang jaminan boleh dituntut kembali dalam situasi berikut:


(a) APS telah berhenti beroperasi;
(b) Lesen APS telah dibatalkan; atau
(c) Lesen APS telah habis tempoh dan tiada permohonan pembaharuan dibuat oleh APS.


Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Tenaga Kerja cawangan. Dokumen berkaitan permohonan boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan. Sila layari https://jtksm.gov.my.

27. Apakah penalti yang boleh dikenakan terhadap APS bagi perlanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini?

Penalti dikhususkan mengikut jenis-jenis kesalahan iaitu:

(a) Merekrut tanpa lesen
Seksyen 7(2): Mana-mana orang yang menjalankan aktviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

(b) Tidak mempamerkan lesen
Seksyen 13(2): Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang tidak mempamerkan lesen, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00.

(c) Lesen hilang, musnah atau rosak tanpa diganti
Seksyen 13A(3): Mana-mana agensi yang lesennya hilang, musnah atau rosak tetapi tidak menggantikan lesen tersebut, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00.

(d) Menyerahhak atau memindah lesen kepada orang lain
Seksyen 13B(2): Mana-mana APS yang menyerahhakkan atau memindahkan lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

(e) Menyewa atau memajak lesen kepada mana-mana orang
Seksyen 13C(2): Mana-mana APS yang menyewa atau memajak lesen kepada orang lain apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

(f) Gagal memohon Dokumen Pengenalan Diri atau tidak memberinya kepada pekerja APS
Seksyen 13D(4): Mana-mana agensi yang gagal memohon atau tidak memberi dokumen pengenalan diri kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00.
Seksyen 13D(7): Mana-mana agensi yang gagal memohon Salinan gantian dokumen Pengenalan Diri yang hilang, musnah dan rosak, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00.

(g) Menubuhkan cawangan tanpa lesen
Seksyen 13E(7): Mana-mana agensi yang membuka cawangan tanpa lesen apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

(h) Gagal mengiklan, menampal dan menyiar Notis Pemberhentian Operasi
Seksyen 13G(2): Mana-mana agensi yang gagal mengemukakan, mengiklankan, menampal dan menyiarkan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh pemberhentian operasi apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

(i) Tidak meletakkan nombor lesen APSdalam iklan kekosongan jawatan
Seksyen 18(b): Mana-mana agensi yang mengiklankan kekosongan jawatan namun gagal untuk meletakkan nombor lesen dan juga maklumat yang betul mengenai iklan itu, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

(j) Gagal menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod
Seksyen 19(4): Mana-mana agensi yang gagal menyedia, menyenggara, menyimpan dan mengemukakan rekod kepada Ketua Pengarah, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00.

(k) Mengenakan fi yang melebihi kadar yang ditetapkan
Seksyen 28(a): Mana-mana orang yang mengenakan atau menerima fi melebihi yang dinyatakan dalam Jadual pertama di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

(l) Memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja bukan warganegara
Seksyen 28(b): Memperdaya pencari kerja, majikan atau pekerja asing dengan maklumat palsu di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

(m) Menukar premis atau tempat perniagaan APS tanpa kebenaran
Seksyen 12: APS hendaklah menjalankan perniagaan di tempat seperti dalam lesen dan tidak boleh menukar tempat perniagaan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Seksyen 28(c): Melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidari di bawah Akta ini apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

28. Apakah tindakan Jabatan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti merekrut tanpa berlesen?

Mana-mana orang yang menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 atau kedua-duanya.