
Nama: Shanmugam a/l Thiagarajan
Emel: shan[at]mohr[dot]gov[dot]my
No. telefon: 03-88865210
Ketua Pegawai Maklumat
Peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Maklumat adalah seperti berikut:
- Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik JTKSM 2021-2025 dengan Pelan Strategik Pendigitalan KSM 2021-2025 dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025;
- Melaksanakan penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT);
- Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan jabatan;
- Melaksanakan inovasi melalui aplikasi, infrastruktur dan keselamatan ICT;
- Membantu Ketua Pengarah dalam memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Dasar Keselamatan ICT JTKSM difahami dan dipatuhi oleh semua pengguna;
- Memastikan keperluan keselamatan ICT dilaksanakan dan dikuatkuasakan;
- Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti hebahan Dasar Keselamatan ICT JTKSM serta pengurusan risiko dan pengauditan;
- Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT JTKSM.