Ketua Pegawai Digital (CDO)

cdo
Nama: Che Mohd Rokman bin Che Awang
Emel: cmrokman[at]mohr[dot]gov[dot]my
No. telefon: 03-88865210

Ketua Pegawai Digital

Peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Digital adalah seperti berikut:

Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.

  • Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di kementerian/jabatan/agensi melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan;
  • Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/jabatan/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul;
  • Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar;
  • Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.

Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.

  • Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP kementerian/jabatan/agensi;
  • Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di kementerian/jabatan/agensi bagi meningkatkan literasi digital dan
    pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.

​​​​Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus berkaitan.

  • Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa;
  • Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT kementerian/jabatan/agensi dan Mesyuarat Kerajaan Digital.