Soalan Lazim Kes buruh

03img
Soalan
Lazim

Kes Buruh

1. Di manakah pengadu boleh memfailkan kes buruh?

Kes buruh boleh difailkan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran dengan tempat kerja.

2. Apakah dokumen-dokumen yang perlu di bawa semasa memfailkan kes buruh?

Secara am, dokumen pengenalan diri, surat lantikan/ kontrak perkhidmatan, slip gaji, surat penamatan (sekiranya berkaitan) dan lain-lain perlu dibawa sebagai dokumen sokongan terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh pengadu.

3. Adakah pengadu perlu membuat sebarang bayaran semasa memfailkan kes?

Tiada bayaran atau caj dikenakan semasa memfailkan kes.