Soalan Lazim Penggajian Pekerja Asing

03img
Soalan
Lazim

Penggajian Pekerja Asing

1. 1. Apakah definisi pekerja asing dibawah Akta Kerja 1955?

Pekerja asing ertinya pekerja yang bukan warganegara.

2. Adakah dalam tempoh shutdown, pekerja yang bergaji bulanan layak mendapat upah?

Ya. Mahkamah telah memutuskan pekerja bergaji bulanan yang tidak disediakan kerja di dalam tempoh shut down, berkelayakan mendapat upah penuh. Majikan perlu membayar gaji berdasarkan kontrak perkhidmatan bagi pekerja yang dibayar gaji secara bulanan.

3. Apakah kategori pekerja yang boleh direntikerja sentara atau lay-off?

Pekerja yang boleh direntikerja sentara atau lay-off adalah pekerja yang dibayar gaji mengikut jam, harian, task-work atau piece rate.

4. Majikan telah membuat keputusan untuk menutup operasi perniagaan selama satu minggu kerana cuti perayaan dan meminta pekerja memohon cuti tahunan dalam tempoh tersebut. Adak

Menurut Peraturan 5 (1) Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, hari rehat, cuti am, cuti sakit, cuti bersalin, cuti tahunan, cuti yang dibenarkan dibawah undang-undang bertulis dan apa-apa cuti yang dipohon dan diluluskan oleh majikan, tidak boleh dianggap  sebagai rentikerja sentara atau lay-off.