Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja
- SEBELUM PERMOHONAN DI JTKSM
Dokumen yang perlu disediakan:- Jika membina bangunan;
- Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Jika bangunan sementara atau bangunan bukan kediaman;
- Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad daripada PBT; atau
- Kelulusan Menukar Syarat Bangunan atau Kelulusan Ubahsuai Bangunan daripada PBT.
- Jika bangunan adalah sewaan;
- Kelulusan atau kebenaran daripada PBT (jika berkenaan).
- Jika membina bangunan;
- SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN DI JTKSM
- Membuat permohonan bagi setiap penginapan atau penginapan berpusat secara dalam talian di Sistem Permohonan Perakuan Penginapan (http://akta446.mohr.gov.my/);
- Menyediakan Fi Pemprosesan bagi Permohonan Perakuan Penginapan atas nama Ketua Pengarah Tenaga Kerja bagi setiap permohonan seperti kadar di jadual berikut:
KATEGORI
PEMOHONKAPASITI PEKERJA
DALAM PENGINAPANKADAR FI PEMPROSESAN Majikan 10 orang atau kurang RM100 Lebih daripada 10 orang RM300 Penyedia Penginapan Berpusat 500 orang atau kurang RM2,000 Lebih daripada 500 orang RM5,000 - Menyediakan salinan Pendaftaran Syarikat (SSM); dan
- Menyediakan salinan dokumen yang perlu dilampirkan (yangberkenaan):
- Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and Compliance (CCC);
- Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad;
- Kelulusan Menukar Syarat Bangunan (jika berkaitan);
- Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)
- Kelulusan / Kebenaran menyewa bangunan;
- Perjanjian Sewaan Bangunan untuk bangunan yang disewa;
- Pelan Lantai; dan
- Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan (Bilik tidur, ruangtamu, dapur, tandas dan bilik air
- Mengemukakan dokumen seperti di senarai semak ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.