Employees' Housing, Accommodation and Amenities

SOALAN UMUM

1. Bagaimanakah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjalankan penguatkuasaan berkaitan penyediaan perumahan dan penginapan?

JTKSM menjalankan penguatkuasaan berkaitan penyediaan perumahan dan penginapan melalui Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990( Akta 446) dan peraturan-peraturan dibawahnya.

2. Adakah terdapat perbezaan antara penyediaan perumahan dan penginapan?

Perumahan merujuk kepada apa-apa bangunan termasuk bangunan perumahan yang dibina di estet atau lombong atau di mana-mana tempat pekerjaan yang berada di luar Kawasan Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.

Manakala penginapan merujuk kepada penginapan yang disediakan kepada semua pekerja di semua sektor pekerjaan kecuali pekerja yang diambil bekerja di estet.

3. Adakah majikan wajib menyediakan tempat tinggal kepada pekerja?

Tidak wajib. Tetapi jika majikan menggajikan pekerja asing, majikan perlu menyediakan penginapan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pekerja Yang Dikehendaki Disediakan Dengan Penginapan 2020.

4. Adakah Akta 446 terpakai kepada majikan di Sabah dan Sarawak?

Tidak. Akta 446 hanya terpakai kepada majikan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

 

SOALAN BERKAITAN PERUMAHAN

1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan jika ingin membina perumahan pekerja di estet?

Majikan perlu mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pengarah JTK Negeri berserta dengan 4 salinan pelan tapak, pelan bangunan, pelan septik dan pelan pendawaian elektrik.

2. Adakah majikan boleh membina apa-apa bangunan di estet sebelum mendapat kebenaran daripada ketua pengarah JTKSM?

Tidak boleh. Majikan perlu memperolehi kelulusan pelan dan kebenaran membina daripada ketua pengarah JTKSM sebelum membina bangunan di estet.

3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan setelah bangunan siap di bina di estet?

Majikan perlu mengemukakan permohonan Perakuan Kelayakan (CF) dengan mengemukakan Borang 1.

4. Apakah kemudahan lain yang perlu disediakan oleh majikan kepada pekerja yang tinggal di estet?

majikan perlu menyediakan kemudahan berikut kepada pekerja

  1. bekalan air dan elektrik yang mencukupi
  2. Pusat Asuhan Kanak-kanak(PAKK) ( jika terdapat sekurang-sekuranya 5 orang tanggungan berumur 4 tahun dan ke bawah tinggal di estet. untukkan tanah untuk tanaman dan ragut,
  3. Dewan komuniti
  4. Kemudahan sukan dan rekreasi
  5. Kemudahan kesihatan ( klinik/hospital estet)
5. Adakah majikan boleh mengenakan caj sewa ke atas pekerja untuk perumahan yang disediakan di estet?

Tidak boleh.

 

SOALAN BERKAITAN PENGINAPAN

1. Apakah perkara utama yang perlu dipatuhi berkaitan penyediaan penginapan pekerja?

Semua penginapan yang disediakan kepada pekerja perlu mendapat Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

2. Siapakah yang perlu memohon perakuan penginapan?
  1. Majikan
  2. Penyedia penginapan berpusat.
3. Kenapa ejen yang menempatkan pekerja bukan warganegara (pekerja asing) perlu mendapatkan lesen APS?

Antara tujuan lesen APS diperkenalkan adalah untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara (pekerja asing). Sehubungan itu, mana-mana ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti penempatan pekerja bukan warganegara (pekerja asing) kepada mana-mana majikan. Ini adalah bagi mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, mengelakkan eksploitasi dan mencegah aktiviti pemerdagangan orang.

Hanya APS yang mempunyai lesen kategori C sahaja boleh menempatkan pekerja bukan warganegara kepada majikan di seluruh Malaysia. 
 

4. Siapakah penyedia penginapan berpusat?

Penyedia penginapan berpusat adalah mana-mana orang yang menyedia dan menguruskan perkhidmatan penginapan kepada seorang atau lebih majikan.

5. Adakah perumahan di estet dan lombong di kawasan Majlis Daerah perlu mendapatkan Perakuan Penginapan?

Tidak perlu.

6. Apakah kesannya jika majikan dan penyedia penginapan berpusat beroperasi tanpa Perakuan Penginapan?

Majikan dan penyedia penginapan berpusat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 Penyedia Penginapan Berpusat Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

7. Apakah jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan atau penginapan berpusat?
  1. Rumah Teres;
  2. Rumah Kedai;
  3. Banglo;
  4. Pangsapuri / Flat;
  5. Rumah Kampung;
  6. Kedai Pejabat;
  7. Kabin;
  8. SoHo/SoFo; dan
  9. lain-lain bangunan yang dibenarkan oleh PBT.
8. Apakah kemudahan yang perlu disediakan kepada pekerja di penginapan dan penginapan berpusat?

Majikan dan penyedia penginapan berpusat perlu menyediakan kemudahan seperti ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja
(penginapan dan penginapan berpusat) 2020
.

9. Bolehkah majikan mengenakan caj atau sewa bagi penginapan ke atas pekerja?

Majikan boleh mengenakan caj sewa penginapan tidak melebihi RM100 sebulan atau mana-mana jumlah yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan. Potongan boleh dibuat melalui potongan gaji.

Walau bagaimanapun, majikan tidak boleh mengenakan sewa dan caj penginapan jika syarat dalam kontrak perkhidmatan menyatakan penyediaan penginapan adalah secara percuma.

10. Bolehkah majikan mengenakan potongan gaji terhadap semua kemudahan lain yang disediakan di dalam penginapan?

Tidak boleh. Kesemua kemudahan tersebut adalah atas tanggungjawab majikan.

11. Apakah tanggungjawab majikan apabila menempatkan pekerja di penginapan atau penginapan berpusat?

Majikan wajib melaporkan penempatan pekerjanya di penginapan yang disediakan sendiri atau di penginapan berpusat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerjanya ditempatkan dalam penginapan atau penginapan berpusat.

Kegagalan melapor merupakan suatu kesalahan dan, boleh dikenakan denda tidak melebihi rm10,000 bagi setiap kesalahan jika disabitkan.

12. Bagaimanakah caranya untuk majikan penyedia penginapan berpusat membuat permohonan perakuan penginapan?

Permohonan perakuan penginapan perlu dibuat secara dalam talian di https://akta446.mohr.gov.my

13. Apakah dokumen yang perlu disediakan sebelum memohon perakuan penginapan?

Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti di Senarai Semak Permohonan Perakuan Penginapan.