Private Employment Agencies

Private Employment Agencies

1. Apakah kategori lesen agensi pekerjaan swasta (APS) di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246)?

Tiga jenis kategori lesen seperti berikut:

KATEGORI LESEN

KETERANGAN LESEN

Lesen A

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam Malaysia.

Lesen B

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di dalam Malaysia

Lesen C

Untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja tempatan di dalam dan di luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik asing di dalam Malaysia.

2. Apakah syarat-syarat permohonan lesen APS?

Syarat-syarat permohonan lesen adalah seperti berikut:

(a)Sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777);

(b)Mempunyai modal berbayar minimum seperti berikut:

(i) Lesen A: RM50,000;

(ii) Lesen B: RM100,000; dan

(iii) Lesen C: RM250,000.

(c) Sekurang-kurangnya 51% dari jumlah keseluruhan syer syarikat dipegang oleh individu warganegara Malaysia;

(d) Pengarah syarikat yang dinamakan di dalam borang permohonan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal APS       adalah:

(i) Seorang warganegara Malaysia;

(ii) Bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan;dan

(iii) Tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan        antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

(e) Mempunyai premis yang sesuai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(f) Mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”; dan

(g) Apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

3. Kenapa ejen yang menempatkan pekerja bukan warganegara (pekerja asing) perlu mendapatkan lesen APS?

Antara tujuan lesen APS diperkenalkan adalah untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara (pekerja asing). Sehubungan itu, mana-mana ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti penempatan pekerja bukan warganegara (pekerja asing) kepada mana-mana majikan. Ini adalah bagi mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, mengelakkan eksploitasi dan mencegah aktiviti pemerdagangan orang.

Hanya APS yang mempunyai lesen kategori C sahaja boleh menempatkan pekerja bukan warganegara kepada majikan di seluruh Malaysia. 
 

4. Bagaimana cara untuk memohon lesen APS?

Permohonan lesen APS boleh dilakukan dengan mengisi Borang berkaitan beserta dokumen sokongan seperti yang ditetapkan di dalam Senarai Semak.

Borang dan senarai semak boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Acts & Guidelines

Semua borang permohonan dan senarai semak berkaitan pembaharuan lesen, tukar kategori, buka cawangan, pindah premis dan gantian lesen juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama.

Borang dan dokumen sokongan mengikut senarai semak beserta fi proses hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis agensi.

5. Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu/agensi yang tidak berlesen

​​​Mana-mana agensi/individu yang melakukan aktiviti agensi tidak berlesen merupakan kesalahan di bawah seksyen 7 Akta 246 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 

 

6. Apakah tujuan dokumen pengenalan diri diperkenalkan?

Setiap pekerja APS yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri. Tujuan dokumen pengenalan diri ini diperkenalkan adalah bagi membuktikan bahawa pekerja tersebut merupakan pekerja APS yang sah. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyamaran, eksploitasi dan penipuan.

7. Bagaimanakah cara untuk memohon dokumen pengenalan diri tersebut?

Cara untuk memohon dokumen pengenalan diri adalah dengan melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan dokumen sokongan seperti dalam Senarai Semak. Dokumen-dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan premis APS beserta bayaran fi proses dokumen pengenalan diri.

Borang dan senarai semak boleh dimuatturun melalui link berikut:

Acts & Guidelines

8. Adakah APS boleh membuka cawangan?

APS boleh membuka membuka cawangan seperti yang berikut:

BIL.

KATEGORI LESEN INDUK

KATEGORI LESEN CAWANGAN YANG BOLEH DIMOHON

1.

Lesen A

Hanya boleh mohon Lesen A

2.

Lesen B

Hanya boleh mohon Lesen A atau B 

3.

Lesen C

Boleh mohon Lesen A, B atau C

9. Dalam keadaan bagaimanakah lesen APS boleh digantung dan dibatalkan?

Lesen APS boleh digantung atau dibatalkan dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. itelah melanggar mana-mana peruntukan Akta dan peraturan;
  2. tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;
  3. telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau Pengarah APS telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;
  4. telah digulung atau dibubarkan;
  5. tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;
  6. mengemukakan maklumat palsu dalam proses mendapatkan lesen;
  7. menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain; atau
  8. telah berhenti menjalankan aktiviti merekrut.
10. Bolehkah sesebuah APS menyerah hak atau memindahkan lesen kepada orang lain?

APS tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen kepada orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah terlebih dahulu. Keadaan yang membo

Tindakan menyerah hak atau memindahkan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

11. Bolehkah sesebuah APS menyewakan atau memajakkan lesen kepada orang lain?

Sesebuah APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.

Tindakan menyewa atau memajakkan lesen adalah kesalahan yang boleh didakwa tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

 

12. Bolehkah APS beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen

APS tidak boleh beroperasi di tempat/premis yang berbeza dengan maklumat dalam lesen. APS yang hendak menukar tempat/premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

Permohonan pertukaran atau pindah premis APS boleh dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan kepada Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. Setelah kelulusan diberikan, barulah APS boleh beroperasi di tempat / premis yang baharu.

Borang dan senarai semak boleh dimuatturun melalui link berikut:

Forms & Checklist

13. Berapakah amaun fi lesen

Fi lesen adalah sebanyak RM500.

14. Apakah itu wang jaminan?

Wang Jaminan merupakan suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang perlu didepositkan ke dalam akaun Kerajaan.

Tujuan wang jaminan ini adalah sebagai cagaran sekiranya APS gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara atau majikan, wang jaminan tersebut boleh digunakan.