Kes buruh boleh difailkan oleh pekerja atau majikan.
(i) Tuntutan berbentuk kewangan di bawah kontrak perkhidmatan seperti bayaran gaji dan elaun-elaun.
(ii) Tuntutan berbentuk kewangan di bawah Akta Kerja 1955 seperti elaun bersalin, gaji ganti notis, baki cuti tahunan, gaji kerja lebih masa dll
(iii) Tuntutan berbentuk kewangan di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 contohnya gaji minimum; dan
(iv) Tuntutan untuk mengetepikan keputusan siasatan dalaman yang dibuat oleh majikan.
Tuntutan gaji ganti notis apabila pekerja gagal memberi notis atau notis yang diberi tidak mencukupi.
Boleh, namun kes tersebut akan dikendalikan oleh PTK Kuala Lumpur, iaitu PTK yang berhampiran dengan tempat pekerjaan pengadu. Pengadu dan defendan akan diminta hadir ke PTK Kuala Lumpur semasa sesi sebutan dan perbicaraan kes.
Pengadu perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang berhampiran dengan tempat pekerjaan untuk diambil keterangan. Jika terdapat lebih daripada seorang pengadu, perlu lantik seorang untuk menjadi Ketua Pengadu.
Secara am, dokumen pengenalan diri, surat lantikan/ kontrak perkhidmatan, slip gaji, surat penamatan (sekiranya berkaitan) dan lain-lain perlu dibawa sebagai dokumen sokongan terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh pengadu. Bagi wakil majikan yang memfailkan kes buruh terhadap pekerja perlu membawa surat wakil kuasa daripada majikan.
Tiada bayaran atau caj dikenakan semasa memfailkan kes.
Setelah pengadu memfailkan kes, PTK berkenaan akan menetapkan tarikh sebutan. Pengadu dan defendan diminta hadir pada tarikh sebutan dan kedua-dua pihak akan diberikan peluang untuk berbincang mengenai tuntutan yang difailkan. Sekiranya terdapat persetujuan oleh kedua-dua pihak, pegawai akan mengeluarkan Perintah Persetujuan. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, pegawai akan menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan kes sehingga selesai dan keputusan akan dikeluarkan.
Pengadu boleh pada bila-bila masa menarik balik kes dengan mengemukakan surat tarik balik kes kepada pegawai yang mengendalikan kes.
(i) Perintah untuk majikan membayar kepada pengadu;
(ii) Perintah untuk pekerja membayar ganti notis kepada majikan;
(iii) Perintah kes dibuang;
(iv) Kes dibatalkan (apabila pengadu tarik balik kes atau pengadu tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan.)
Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh boleh memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan.