Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil?

Perlindungan Bersalin

Melalui pindaan akta ini, majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut :

  1. Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan di bawah seksyen 13(2);
  2. Penamatan disebabkan salah laku di bawah seksyen 14(1); dan
  3. Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan.