Dalam keadaan mana formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap perlu diguna pakai?

Pengiraan Gaji Bagi Bulan Bekerja Yang Tidak Lengkap

Formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap hanya diguna pakai dalam empat (4) keadaan berikut :

  1. Pekerja memulakan pekerjaan selepas hari pertama bulan berkenaan;
  2. Pekerja ditamatkan perkhidmatan sebelum akhir bulan berkenaan;
  3. Pekerja mengambil cuti tanpa gaji selama sehari atau lebih pada bulan berkenaan; atau
  4. Pekerja tidak hadir disebabkan menghadiri perkhidmatan negara di bawah Akta Perkhidmatan Negara 1952 [Akta 425] atau menghadiri Latihan Khidmat Negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628] atau mematuhi mana-mana undang-undang bertulis berhubung perkhidmatan negara.