Pengiraan Gaji Bagi Bulan Bekerja Yang Tidak Lengkap
Formula pengiraan gaji bagi bulan bekerja yang tidak lengkap hanya diguna pakai dalam empat (4) keadaan berikut :
- Pekerja memulakan pekerjaan selepas hari pertama bulan berkenaan;
- Pekerja ditamatkan perkhidmatan sebelum akhir bulan berkenaan;
- Pekerja mengambil cuti tanpa gaji selama sehari atau lebih pada bulan berkenaan; atau
- Pekerja tidak hadir disebabkan menghadiri perkhidmatan negara di bawah Akta Perkhidmatan Negara 1952 [Akta 425] atau menghadiri Latihan Khidmat Negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628] atau mematuhi mana-mana undang-undang bertulis berhubung perkhidmatan negara.