
Agensi Pekerjaan Swasta
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] adalah akta yang bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta (APS) di Malaysia. Akta ini mengkehendaki mana-mana orang yang menjalankan aktiviti APS adalah wajib berlesen sebagai APS yang sah dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
TIGA JENIS KATEGORI LESEN APS
LESEN A
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam negara
LESEN B
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar negara, dan pekhidmat domestik asing di dalam negara
LESEN C
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar negara, dan bukan pekerja bukan warganegara di dalam negara
KADAR MODAL BERBAYAR DAN WANG JAMINAN BAGI SETIAP KATEGORI LESEN
| KATEGORI LESEN | MODAL BERBAYAR | WANG JAMINAN |
|---|---|---|
| Lesen A | RM50,000 | RM5,000 |
| Lesen B | RM100,000 | RM100,000 |
| Lesen C | RM250,000 | RM250,000 |